Ilmu ini adalah sebuah amalan ilmu kebatinan berasaskan
jampi melayu lama. Diwariskan turun temurun hanya kpd murid (pewaris2 baru) yg
paling dipercayai, berkebolehan dan diyakini sahaja. Iaitu setelah melakukan
beberapa ritual ujian pemilihan yg tertentu spt pertapaan, puasa tertentu,
kesungguhan latihan, istiqamah ibadah dll, terpulang kpd guru yg mewariskan
amalan tersebut. Ia adalah amalan yg diamalkan oleh pahlawan2 melayu dahulukala
utk membangkitkan tenaga yg ada pada diri seseorang itu. Tenaga di sini
bermaksud luas, baik kekuatan, kepekaan, tindakbalas, kecekalan, keberanian dll
sama ada dari dalam atau luar.
Bacaan jampi atau doa ilmu ini berbunyi begini “BISMILLAHHIR
RAHMANNIRRAHIM, LANGIT AYAHKU, BUMI IBUKU, MATAKU SPT ANGIN, TANGANKU SPT
KILAT, URATKU SPT BESI KELULI, TULANGKU SPT BESI LAKSAMANA, BAJUKU SPT TEMBAGA,
BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”.
Ilmu ini mempunyai 3 tahap penguasaannya iaitu tahap pertama
dinamakan “Timbal Bisa” Pedang Laksamana. Tahap kedua dinamakan “Timbal Batu”
Pedang Laksamana. Tahap ketiga dinamakan “Timbal Pecah” Pedang Laksamana.
Tahap pertama Timbal Bisa Pedang Laksamana. Pada tahap ini
pukulan tangan pengamalnya menjadi sangat berbisa iaitu pukulan telapak tangan,
tetekan, hentakan penumbuk atau penumbuk padu pengamalnya. Apb pukulan tangan
pengamalnya mengenai sasaran pada tubuh musuh, ia akan meninggalkan kesan lebam
kemerahan. Musuh akan merasa sakit, berat dan bisa pukulan itu dan kesakitan yg
dialami tidak terhenti setakat itu saja malah berterusan sehinggalah hari2 yg
seterusnya. Musuh akan mengalami muntah2, badannya menjadi kurus, panas dan
sejuk yg bertukar ganti dan kesakitan yg semakin parah. Kerana itu lah ia
digelar “Timbal Bisa” Pedang Laksamana.
Tahap kedua ialah Timbal Batu Pedang Laksamana. Hanya dapat
dikuasai setelah menguasai tahap pertama. Pada tahap ini setiap pukulan
kedua-dua tangan pengamalnya akan menjadi sangat kuat, begitu keras dan padat.
Akan terlihat perubahan fizikal pada kedua-dua tangan itu. Telapak tangan akan
menebal, isis dan ototnya juga akan menjadi tebal, kulit akan menjadi
“belulang” dan tulang menjadi padat. Perubahan ini paling ketara pada tangan
sebelah kanan. Kerana itu ia digelar “Timbal Batu” Pedang Laksamana. Sekiranya
pukulan tangan pengamalnya mengenai sasaran pada tubuh musuh, pada tahap ke dua
ini musuh akan mengalami luka dalaman yg ditandai dgn muntah darah. Sekiranya
musuh sempat melarikan diri, bahagian tubuh yg terkena pukulan akan
meninggalkan kesan lebam kemerahan, mengalami bisa kesakitan mendalam yg
berterusan dan semakin parah hari demi hari. Kesan hampir sama dgn tahap
pertama namun bertambah parah.
Tahap ketiga ialah Timbal Pecah Pedang Laksamana. Hanya
dapat dikuasai setelah menguasai tahap pertama dan kedua sepenuhnya. Ini adalah
tahap yg sangat sukar dan cuma org2 tertentu saja yg mampu mencapainya. Pada
tahap ini telapak tangan pengamalnya adalah sangat merbahaya dan boleh
mematikan dgn serta merta. Sekiranya musuh terkena pukulan ini, dia akan
meninggalkan kesan lebam kemerahan di luarannya namun namun memcahkan organ
dalaman musuh. Tidak kelihatan secara luaran namun ditandai dgn muntah darah, jatuh
terkulai ke bumi dan menemui ajalnya, kerana itulah ia digelar “Timbal Pecah
Pedang Laksamana”. Amalan yg dinamakan IPL ini amatlah merbahaya.
Cara mengamalkannya spt berikut.
Tahap pertama Timbal Bisa Pedang Laksamana. Amalkan setiap
bada solat fardhu 3x. Jika solat sendirian di dlm bilik, teruskan diamalkan
sebanyak 3x, tapi jika solat berjemaah, selepas wirid dan doa, carilah tempat
yg tersembunyi dan terus lakukan amalan sebanyak 3x. Caranya begini. Selepas
solat duduklah bersila dan genggam penumbuk kanan menggunakan telapak tangan
kiri di paras muka kemudian bacakan jampi tadi sebanyak 1x sambil memakrifatkan
di dlm hati, tarik nafas mendalam dan tahan nafas. kemudian urut penumbuk kanan
ke siku sebanyak 3x dan teruskan lagi dgn mengurut penumbuk kiri hingga ke siku
sebanyak 3x juga. Kemudian lepaskan nafas dan bernafaslah semula spt biasa.
Lakukan cara ini sebanyak 3 kali bada solat fardhu. Boleh juga dilakukan dgn
berdiri sekiranya tempat tersembunyi itu sempit. Pada sebelah malam kira2 jam 2
pagi, lakukan solat hajat 2 rakaat dan berdoa agar amalan tersebut makbul. Itu
sebaik2nya tapi jika sukar, boleh solat hajat selepas solat tahajjud (solat
terbangun dari tidur) atau pada jam 12 tgh mlm sebelum tidur. Slps solat hajat
lakukan amalam ini lagi sebanyak 40x (bersama dgn urutan ke kedua2 tangan),
lakukan kedua ini selama 40 hari berturut2. Carilah masa yg sesuai sama ada
pagi, petang atau malam utk berlatih menguatkan kedua2 tangan, sama ada pukulan
telapak tangan, tetakan, hentakan penumbuk atau penumbuk padu agar menjadi
kuat. Sebelum berlatih jgn lupa mulakan dgn Bismillah dan amalkan amalan ini
bersama urutan sebanyak 3x dahulu. Gunakan sasaran yg diperbuat dpd guni berisi
pasir atau apa juga yg sesuai (sasaran yg padat namun agak lembut) utk mengurangkan
kecederaan. Lakukan pukulan pada sasaran sebanyak yg termampu pada siang atau
malam itu. Teruskan latihan selama 40 hari dan malam berturut2. Setelah 40
hari/malam maka tamatlah tahap pertama amalan ini. Teruskan lagi dgn tahap
berikutnya.
Tahap kedua Timbal Batu Pedang Laksamana. Tahap ini perlu
dilakukan selama 40 hari 40 malam spt tahap pertama. Utk tahap ini gunakanlah
juga sasaran guni pasir sama spt tahap pertama. Pada kali ini latihan lebih
tertumpu pada pukulan telapak tangan sebelah kanan. Mulakan latihan dgn
Bismillah dan amalkan amalan ini (bersama urutan) sebanyak 3x dahulu. Lakukan
pukulan pada sasaran sebanyak yg termampu pada siang atau malam selama 40 hari.
Selesai 40 hari maka tamatlah tahap kedua. Lanjutkan ke tahap ketiga.
Tahap ketiga Timbal Pecah Pedang Laksamana. Spt dua tahap
sebelum ini, perkara sama dilakukan selama 40 hari 40 malam dgn sasaran yg
sama. Namun sasaran tadi kali ini adalah utk pemanasan sahaja sebelum memulakan
latihan menggunakan sasaran yg baru. Sasaran baru adalah sesuatu yg keras,
padat dan pejal spt batu bata putih atau merah atau seumpamanya. Batu bata
dilapik dgn kain yg agak tebal diatasnya, setelah terbiasa barulah lapik itu
dikurangkan sehingga akhirnya tiada lapik lagi. Ini tergantung pada kesesuaian
telapak tangan kanan. Teruskan latihan utk menguatkan kedua2 tangan tadi. Kali
ini latihan menggunakan batu bata hanya ditumpukan terhadap pukulan telapak
tangan sebelah kanan sahaja. Mulakan latihan dgn Bismillah dan amalkan amalan
ini (jampi bersama urutan) sebanyak 3x dahulu. Lakukan pukulan pada sasaran
(batu bata berlapik) sebanyak yg termampu pada siang atau malam. Mulakan dgn
perlahan dan berhati2 kemudian akan semakin cepat dan tepat beransur2. Telapak
tangan kanan akan mengalami perubahan dan menjadi magli atau kuat terhadap
sasaran. Lakukan selama 40 hari berturut2.
Setelah lengkap 120 hari tempoh pengisian maka tamatlah
amalan Ilmu Pedang Laksamana ini. IsyaAllah kita telah khatam dan menjadi
sebati dgnnya maka bolehlah diamalkan utk waktu2 yg perlu sahaja contohnya
semasa keluar menghadapi musuh dll.
Disepanjang tempoh pengisian amalan ini akan terjadi sesuatu
kpd kita, diantaranya spt berikut.
(1). Ini adalah amalan ilmu batin lama berasaskan jampi
berupa doa berkias bahasa Melayu lama. Ia adalah amalan jenis berpenjaga
terdiri dpd pewaris2 asal amalan ini yg merupakan pahlawan2 melayu dahulukala
yg tergolong dlm golongan rijaul ghaib. Di sepanjang tempoh beramal, besar
kemungkinan pengamal2 baru akan didatangi. Ini utk menguji sama ada pengamalnya
yg baru itu adalah org yg selayaknya utk menerima amalan ini atau sebaliknya.
Ia boleh wujud dlm berbagai bentuk dan rupa sama ada dlm sedar ataupun melalui
mimpi. Jangan taut, teruskan beramal sehingga khatam.
(2). Di sepanjang tempoh beramal (pengisian) kedua2 tangan
akan mengalami perubahan fizikal. Ini kesan dpd latihan2 yg dilakukan setiap
hari. Telapak tangan akan menebal, kulit menjadi belulang, otot2 semakin pejal,
tulang menjadi padat dan kekuatan pukulan akan bertambah. Jika yakin
bersungguh2 dan berusaha utk menjadi makbul, isnyaAllah kekuatan pukulan
telapak tangan kanan boleh diuji setelah khatam.
(3). Di sepanjang tempoh beramal akan terasa sesuatu pada
kedua2 tangan lebih2 lagi pada tangan kanan. Tangan akan terasa berat dan terus
memberat namun mudah utk digerakkan. Denyutan nadi dan aliran darah di situ
juga semakin dapat dirasai. Tangan akan selalu hangat disekitarnya namun sering
disusuli oleh rasa kebas, semut2 dan panas. di telapaknya seakan2 ada tenaga
berterusan berlegar2 mengalir di situ. Semasa ingin tidur malam, cubalah
letakkan lengan di atas dahi dlm keadaan tidur terlentang, perkara tadi akan
lebih ketara.
(4). Aliran darah dalam tubuh menjadi lancar, rasa
bertenaga, menjadi sihat tubuh badan, terasa hangat, mudah berpeluh, kesihatan
meningkat, sukar sakit dan jika sakit mudah sembuh.
(5). Kita akan menjadi tenang selalu namun peka dgn
sekitaran, hatta jika kita berada di hutan atau di kebun, sedikit gerakan pada
ranting atau haiwan di daun akan dapat kita rasakan. Kita tidak mudah terkejut
atau dikejutkan dan tak mudah lemah semangat namun panca indera menjadi
bertambah peka dan lebih tajam apa lagi pada perkara2 yg memudharatkan.
(6). Akan ada ujian terhadap diri kita ttg amalan ini. Ini
utk menguji adakah kita org selayaknya atau sebaliknya. Ujian boleh dtg dlm
pelbagai bentuk sama ada menguji kesabaran, keberanian dll. Berzikirlah selalu
dan bernafaslah dgn mendalam agar sentiasa tenang. Sekiranya tidak dapat
bersabar, lepas saja perasaan pada dinding atau tanah tempat berpijak. Jgn
lepaskan pukulan sesuka hati.
Ilmu ini juga ada pantang larangnya.
(1). Jgn melakukan amalan ini serentak dgn amalan lain yg
berat juga. Selesaikan satu demi satu.
(2). Jangan sesuka hati melepaskan pukulan tangan krn ia telah
menjadi sgt berbisa.
(3). Jgn melakukan pengisian di rumah yg ada anak kecil di
bawah 2 tahun.
(4). Jgn berzina dan minum arak kerana akan mengotorkan
jasad dan roh kita disbbkan amalan suci ini.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar