Amalan ini berbunyi begini “BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, HAI
BESI KHARSANI, BESI MELILIT 7 ANGGOTA AKU, TULANG MENJADI BESI, URATKU MENJADI
BATU, TEGUH TEGAH SEKALIAN BADANKU, AH! BESI DATANG BESI KU NANTI, TIMAH DATANG
TIMAH KU NANTI, KAYU DATANG KAYU KU NANTI, HAI! SERI KEBAL, BERKAT LAAILLAHA
ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”.
Ini adalah sebuah amalan berasaskan jampi melayu lama. Cara
mengamalkannya:
(1). Amalkanlah setiap kali selepas mandi selama 40 hari
berturut2. Caranya begini, selepas selesai mandi dlm keadaan tubuh badan masih
basah sebelum dikeringkan dgn tuala, ambilkan air liur di anak tekak atau di
lelangit belakang menggunakan ibu jari kanan sambil berniat di dlm hati “AKU
TAHAN KULIT AKU AGAR KEBAL DAN TIDAK DIMAKAN OLEH PELURU ATAU SENJATA”, setelah
itu calitkan air liur tadi ke telapak tangan kiri kemudian temukan kedua2
telapak tangan dan gosok sedikit. Dalam keadaan duduk mencangkung, genggam
kedua2 ibu jari kaki iaitu ibu jari kaki kanan digenggam oleh tangan kanan dan
ibu jari kaki kiri digenggam oleh tangan kiri. Berniatlah di dalam hati “KULIT
AKU MENJADI BESI YG TEBAL DAN BATU YG PEJAL”. Kemudian bermula dari kedua2 ibu
jari kaki tadi, sapukan kedua-dua telapak tangan anda ke serata tubuh sambil
berniat di dlm hati juga “KULIT AKU MENJADI BESI YG TEBAL DAN BATU YG
PEJAL”.
Sapukan ke atas bermula dari ibu jari kaki sehinggalah ke
seluruh tubuh iaitu buku lali, lutut, peha, punggung depan dan belakang, perut,
pinggang, dada depan dan belakang. Ke bahu kanan, ke lengan atas kanan, ke siku
kanan, ke lengan bawah sebelah kanan dan tangan kanan menggunakan telapak
tangan kiri. Lanjutkan ke bahu kiri, ke lengan atas kiri, ke siku kiri, ke
lengan bawah sebelah kiri dan ke tangan kiri menggunakan telapak tangan kanan.
Temukan kedua2 telapak tangan dan lanjutkan menyapu ke seluruh leher, ke
telinga kemudian ke kepala dari belakang dan diakhiri dgn ke muka spt org
selesai membaca doa. Setelah menyapu muka ke bawah spt org selesai membaca doa
tadi, lanjutkan dgn menadah tangan dan bacakan di dalam hati Kaiimah Syahadah
(LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH) utk mengunci amalan itu ke dlm tubuh
badan kita. Lakukan perkara tadi setiap kali selepas mandi selama 40 hati
berturut2.
(2). Bada solat fardhu, selepas wirid dan doa, tambahkan
lagi dgn membaca doa Besi Kharsani sebanyak 3 kali (tanpa melakukan sapuan ke
tubuh badan). Lakukan selama 40 hari berturut2 juga.
(3). Pada jam 12 tghmlm atau sebaik2nya jam 2 pagi, lakukan
solat hajat 2 rakaat dan bermohonlah agar amalan itu menjadi makbul. Kemudian
bacakan lagi Doa Besi Kharsani 33x. Lakukan selama 40 hari berturut2. Khatam.
Ini adalah amalan ilmu batin lama berasaskan jampi berupa doa berkias bahasa
Melayu lama. Ia adalah amalan jenis berpenjaga terdiri dpd pewaris2 asal amalan
ini yg merupakan pahlawan2 melayu dahulukala yg tergolong dlm golongan rijaul
ghaib. Di sepanjang tempoh beramal, besar kemungkinan pengamal2 baru akan
didatangi. Ini utk menguji sama ada pengamalnya yg baru itu adalah org yg
selayaknya utk menerima amalan ini atau sebaliknya. Ia boleh wujud dlm berbagai
bentuk dan rupa sama ada dlm sedar ataupun melalui mimpi. Jangan taut, teruskan
beramal sehingga khatam.
Amalan ini juga ada pantang larangnya.
(1). Jgn melakukan amalan ini serentak dgn amalan lain yg
berat juga. Selesaikan satu demi satu.
(2). Jgn melakukan pengisian di rumah yg ada anak kecil di
bawah 2 tahun.
(3). Jgn berzina dan minum arak kerana akan mengotorkan
jasad dan roh kita disbbkan amalan suci ini.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar