Org2 melayu biasa memanggilnya begitu sementara org2 jawa
biasa memanggilnya Ajian Saipi Angin. Ada berbagai versi amalan ini dgn nama yg
berbeza2 namun dua nama di atas tadi adalah yg paling sering digunakan merujuk
amalan ini di Nusantara.
Berbeza2 pula tatacara amalan dan bacaan yg digunakan. Ada
yg menggunakan ayat2 khusus dari Al-Quran, ada yg menggunakan beberapa asma2
(isim2) tertentu dari Asmaul husna (99 Nama2 Allah), ada yg menggunakan doa2
khusus berdasarkan daerah masing2. Doa2 berkias begini biasa dipanggil ruqyah
di negara2 Arab atau jampi di bumi Melayu atau mantera di tanah Jawa, Ia adalah
doa secara umumnya. Semasa kedatangan Islam, Rasulullah saw mengajarkan ruqyah
menggunakan ayat2 Al-Quran kpd para sahabat namun membolehkan ruqyah sebelumnya
selama tiada unsur kesyirikan (menyekutukan atau meminta selain dpd Allah) pada
ruqyah tersebut. Ini termasuk dlm ilmu2 ruhaniyah (batin makrifat), semakin
menguasai maka semakin besar pula dugaan mendatang. Ilmu Lipat Bumi (ILB)
mempunyai 4 tahap penguasaannya dipanggil “rangkap” iaitu Rangkap Zahir,
Rangkap Nafas, Rangkap Ruhaniyah dan Rangkap Keramat.
TAHAP PERTAMA iaitu Rangkap Zahir. Setiap manusia dilahirkan
memilikki 3 tenaga asal dlm diri sendiri dipanggil tenaga dalaman. Segala
kemampuan, kemahiran atau skill yg dikuasai akan terlihat hasilnya nanti
terpulang pada tahap mana dimajukan tenaga2 tersebut, dalaman manusia itu
sendiri. Berbeza dgn ilmu2 berkhadam atau bergimbar yg secara umumnya bersifat
mendamping pengamalnya. Kemampuan (tenaga) bukanlah dtg dari dalaman diri
sendiri. Amalan ILB bukan cabang dari amalan berkhadam. Pada tahap pertama ini
pengamal belum lagi mempunyai kemahiran utk memajukan tenaga2 lain yg ada pada
dirinya. Kerana itu kemampuan dan pencapaian hanya lebih menumpu terhadap zahir
yg nyata.
Itulah yg dimaksud kan dgn Rangkap Zahir tadi. Walaupun
begitu, berkat amalan dan cara yg istiqamah, maka akan terjadi juga sesuatu
terhadap pengamalnya. Diantaranya adalah spt berikut.
(1). Tidak mudah letih jika bekerja, menggiatkan sesuatu,
berjogging, bersenam, berjln2 dll. Peningkatan tenaga terasa berbeza dan
meningkat berbanding sebelumnya (sebelum beramal).
(2). Menjadi rajin, ringan tulang, ringan tangan, ringan
langkah dlm melakukan apa2 kerja atau perkara fizikal yg berfaedah baik utk
dirinya, keluarga atau org lain.
(3). Menjadi rajin dan bertahan lama dlm sesuatu pekerjaan
yg melibatkan fikiran dan minda. Mudah menyelesaikan sesuatu yg rumit. Menjadi
lebih pintar, mudah mentafsir sesuatu keadaan. Auto tafsir ini boleh datang dlm
pelbagai cara baik diilhamkan, ditunjukkan melalui mimpi2 petunjuk, digambar
kan secara spontan di atas ubun2, diberikan tanda2 sekitar atau lain2.
(4). Mudah menjadi mahir dlm melakukan perkara2 fizikal
(atau zahir yg nyata) spt berlatih, bersenam, membina otot, bersukan dan
seumpamanya. Sekiranya belajar silat di gelanggang, mudah sekali menghafal dan
mengingat gerak (bunga, buah, jurus, seni mainan senjata atau lain2nya). Ringkasnya
mudah menguasai.
(5). Mungkin umur telah meningkat namun tenaga tetap disitu
(baik fizikal, fikiran atau batiniah). Dalaman atau luaran. Tidak ketara pada
org2 di sekeliling namun amat terasa bagi pengamal itu sendiri, akan dipermudah
segala sesuatu, InsyaAllah. Itulah beberapa contoh yg bakal berlaku pada
pengamal ILB ini sekiranya menguasai tahap pertama (Rangkap Zahir) tadi. banyak
perkara akan menjadi ringan (zahir, batin, minda, metaliti, emosi dll) dgn
izinNya. Namun masih juga menumpu terhadap zahir yg nyata tadi. Itulah yg
terlihat pada org2 sekeliling pada pengamalnya. Perkara2 di atas tadi adalah
awalannya, akan berkembang maju selepas itu. Lanjutkan ke tahap yg kedua.
TAHAP KEDUA iaitu Rangkap Nafas. Pada tahap ini segala
perkara yg terjadi pada tahap pertama tetap juga di situ malah dipertingkatkan
lagi. Perubahan akan berlaku dari dalaman diri pengamal. Ia terkait dgn fokus
tenaga yg mana lebih dimanipulasi kan. Pada tahap pertama sebelumnya, pengamal
masih berlegar2 pada zahir yg nyata sedang perubahan tetap juga berlaku. Ia
terjadi kerana isitqamahnya beramal sehingga beransur2 terbangkit tenaga
dalaman yg ada pada pengamal itu. Ia adalah zahir, nafas dan roh (3 tenaga
asal), masing2nya mempunyai kemahiran atau skill, kelebihan dan kekurangan,
boleh diperbaikkim diperkembang dan dimajukan. Malah boleh dimanipulasikan
satu2 atau gabungannya secara sengaja atau tidak sengaja (dlm keadaan2
tertentu).
Peningkatan dan pembangkitan tenaga2 tadi akan berlaku
secara beransur2. Ia menjadi semakin mudah sekiranya latihan2 khusus tertentu
turut dilakukan. Di antara kesan2nya adalah fikiran menjadi tajam, tafsiran
menjadi halus, deria dan panca indera menjadi bertambah peka, dapat merasa,
senditiviti meningkat, gerak hati dan naluri menjadi tajam, mata hati akan
terbuka secara beransur2. Pada tahap kedua ini “nafas” menjadi lebih menyerlah
berbanding “zahir”. Apa maksud nafas? Zahir sesuatu yg nampak jelas di mata dah
boleh dibuktikan sedang roh sesuatu yg tiak nampak jelasnya di mata dan tidak
boleh dibuktikan. Nafas pula terletak di antara kedua2nya. Sesuatu akan berlaku
pada pengamal yg berjaya pada tahap kedua ini, diantaranya spt berikut.
(1). tubuh badan menjadi ringan terasa berbanding
sebelumnya. Pergerakan dan langkah menjadi mudah dan pantas dan semakin ketara
dari masa ke masa.
(2). Mudah mengimbagi diri, keseimbangan dapat diolah kerana
kita telah faham ada caranya. Dgn itu, berlaku penjimatan terhadap zahir. Akan
sekadarnya digunakan dan tiada pergantungan spt sebelumnya.
(3). Tindakbalas yg cepat baik dari segi pergerakan,
langkah, waspada, sensitiviti, gerak hati dll. Sedikit pun berlaku perubahan di
persekitaran sama ada baik atau buruk mudah diketahui. Refleks dan auto gerak
pada tubuh badan menjadi semakin ketara pada tahap ini.
(4). Emosi dan fikiran menjadi tenang. Tidak mudah panik
atau terkejut. Hati dan nafas juga menjadi tenang. Debaran2 pada jantung
sekiranya sesuatu mencemaskan berlaku sukar utk berlaku. Akan berlaku namun
terlebih dahulu dirasa dan diketahui.
(5). Lanjutan dari kesemua tadi boleh berlaku sesuatu yg
agak menarik pada diri sendiri. Contohnya spt berikut,
(a). Gerak langkah menjadi pantas kurang meletihkan.
(b). Mudah mempelajari gerak2 yg diajarkan di dlm
silat.
(c). Mudah mengapungkan diri di atas batang2 pokok yg
hanyut.
(d). Mudah memanjat dan terasa ringan, tidak spt
sebelumnya.
(e). Dahan2 yg di hujung2 pokok tidak mudah patah
apb dijadikan tempat berpijak.
(f). Kawalan keseimbangan menjadi lebih baik spt semasa
membawa motorsikal, basikal, perahu dll.
(g). Tempoh masa menyelesaikan sesuatu tugas menjadi singkat
berbanding biasa. Serba dipermudahkan dan seumpamanya. Perkara2 di atas tadi
akan bertambah maju selepas itu. Lanjutkan ke tahap yg ketiga.
TAHAP KETIGA iaitu Rangkap Ruhaniyah. Merujuk tenaga ketiga
dalaman pengamal iaitu roh. Pada tahap ini tumpuan akan beralih pada kemahiran2
yg ada pada roh pengamalnya. Roh merupakan sesuatu yg ghaib yg sukar dijelaskan
berbeza dgn zahir yg nyata. Perkara2 yg berlaku pada pengamalnya berlegar2 di
sekitar itu (skill2 roh tadi). Dua tenaga lain iaitu zahir dan nafas tetap
terkait namun digunakan sekadarnya. Seseorang yg ingin menguasai tahap ketiga
ini harus dapat memanipulasi tanaga roh itu tadi melalui amalan dan latihan yg
betul seterusnya meletakkan roh tadi lebih utama berbanding zahir dan nafas,
namun masih boleh kait mengaitkan antara kesemuanya, sekadar yg perlu (secara
berpatutan). Itulah peranan akal utk melakukannya dgn hati yg tenang.
Ketenangan diperlukan utk melakukannya. Sekiranya berjaya pada tahap ketiga,
akan terjadi sesuatu pada pengamalnya. Diantaranya spt berikut.
(1). Apa yg berlaku pada tahap2 sebelumnya masih juga disitu
malah dipertingkatkan lagi. Juga boleh diubah2 mengikut kesesuaian keadaan
(berkaitan dgn fokus penggunaan tenaga2 tadi).
(2). Gerakan langkah kaki pengamal nya akan menjadi sangat
pantas seakan tidak berjejak pada bumi. Jarak yg jauh sekalipun boleh sampai
dlm tempoh masa yg singkat.
(3). Bukan saja gerakan kaki pengamal nya, malah segala
gerakan tubuh badan dan tangannya juga boleh menjadi sgt pantas sekiranya ia
dimajukan.
(4). Kepantasan yg luarbiasa seakan tidak berjejak pada
bumi. Air yg sifatnya lembut malah boleh dijadikan tempat berpijak. Tidak
mustahil seseorang yg dapat menguasai amalan ini sehingga tahap ketiga boleh
berjalan di atas air, sungai atau lautan.
(5). Sedangkan air yg sifatnya lembut boleh dijadikan tempat
berpijak, inikan pula benda2 yg lain spt ranting dahan yg hujung, daun pokok,
kayu2 yg timbul di permukaan air atau seumpamanya. Berpijak cuma sedetik saja
pada benda2 tadi termasuk permukaan air. Itulah beberapa contoh seseorang
pengamal yg mampu mencapai tahap ketiga. Sememangnya tiada logik pada pandangan
manusia kerana roh itu sendiri juga tidak logik dan tidak dapat dibuktikan.
Namun penggunaan tenaga roh itu teadi masih juga berkait dgn tenaga yg lain
iaitu zahir dan nafas.
TAHAP KEEMPAT iaitu Rangkap Keramat. Pada tahap ini segala
apa yg terjadi pada tahap2 sebelumnya masih tetap ada dlm diri pengamal malah
dipertingkatkan lagi. Perkataan keramat wujud pada tahap ini. Pada tahap ini ia
juga berkaitan dgn roh manusia yg menjadi 7 tingkat nafsu nafsi setelah
ditiupkan ke dlm jasad manusia. Jika dikaji ttg nafsu manusia, perkataan
karomah (keramat) ada pada tingkat ke 5 iaitu Nafsu Radhiah atau Roh
Menerima/Redha. Pada tingkat itulah bermulanya karomah (tanda kemuliaan). Dlm
soal amalan yg khusus ini (ILB tahap 4) pula, ia boleh terjadi pada tingkat ini
juga. Ia adalah karomah jenis yg dipelajari. Tidak mustahil asal saja pengamal
mampu pencapainya (tingkat 5 roh manusia). Apalagi jika pancapaian roh
meningkat sehingga ke tingkat 6, tentu penguasaan menjadi lebih mudah lagi.
Itulah alasan ILB ini boleh terjadi pada wali2 Allah. Pada tahap empat amalan
ini akan terjadi sesuatu pada pengamalnya.
(1). Apa yg berlaku pada tahap2 sebelumnya masih juga disitu
malah dipertingkatkan lagi.
(2). Perjalanan yg sgt jauh boleh berlaku dlm sekelip mata.
Tidak nampak pun apa2 pergerakan pada pengamal nya utk mencapai destinasi
tersebut. Apa-apa perbuatan pun boleh saja berlaku dlm sekelip mata juga, serba
serbi yg ingin dilakukan oleh pengamalnya. Mengapa boleh berlaku demikian?
Kerana pengamalnya telah mencapai tahap 4 amalan ini. Bukankah ada perkataan
keramat di situ? Jenis yg dipelajari atau tanpa dipelajari. Bagaimana kah
mungkin ia terjadi? Kerana jalan, cara atau kaedah melakukannya telah berubah
dari kebiasaan. Bukan lagi sama spt pada tahap 1 hingga 3 amalan ini, tapi
telah berubah kpd cara yg lain. Cara itu dinamakan “niat berkaedah” sehingga
berlaku “kunfayakun” dgn izin Allah. Pernahkah mendengar kisah seorang wali
Allah yg bernama Asif bin Barkhiya? Kisah berlaku di zaman Nabi Sulaiman as.
Beliau mampu mengalihkan istana Ratu Balqis dlm sekelip mata saja berbanding
dgn tawaran jin Ifrit yg mampu mengalihkan istana tersebut sebelum Baginda
bangun dari tempat duduknya. Adakah kaitan di situ dgn amalan ini? Wallahualam,
hanya Allah yg Maha Mengetahui.
(3). Penguasan ILB ini akan membawa terbukanya ilmu2
pengetahuan lain yg yg hampuir sama jalannya. Diantaranya adalah Ilmu Lipat
Masa, Ilmu Lipat Zaman dan seumpamanya. Ia berkaitan dgn pengembaraan masa
(time travelling).
Cara mengamalkan ILB. Terdapat 6 latihan asas yg perlu
dilakukan di sepanjang pengisian amalan ILB ini.
(1). Mulakan setiap sesuatu dgn ucapan Bismillahhirrahman
nirrahim.
(2). Jgn pernah mengeluh, cepat2 beristighfar jika tak
sengaja apalagi kalau sengaja.
(3). Jgn pernah marah, cepat2 beristighfar jika tak sengaja
apalagi kalau sengaja. Sikap pemarah akan mensia2kan amalan ini nanti dan jika
berterusan tanpa dpt bersabar gagal mengawalnya, berhenti saja dari meneruskan
amalan ini. Kegagalan utk mengubah sikap pemarah itu tadi menandakan bahawa org
itu masih lagi berlegar legar pada tingkat terendah roh manusia (roh atau nafsu
amarah) sedangkan melalui amalan ini diharapkan pengamalnya beransur2 mencapai
sehingga ke tingkat 5 roh manusia (roh redha atau menerima atau nafsu radhiah).
Dgn itu barulah kejayaan dapat dicapai nantinya.
(4). Lakukan segala suruhan Allah yg wajib spt solat fardhu,
zakat, puasa ramadhan dll.
(5). Tinggalkan segala larangan Allah.
(6). Rutinkan amal ibadat yg sunat spt zikir, sedekah, solat
sunat dll.
ILB mempunyai 4 tahap penguasaanya dan setiap tahap terdapat
amalan2 yg khusus di dlmnya. Inilah bacaan amalan ILB yg perlu dihafal.
(1). AYAT 4: “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, LAILAAHA ILLA
ANTA, SUBHAANAKA INNI KUNTU MINNAZ ZOOLIMIN. WALLAHU GHAALIBUN ‘ALA AMRIH, YA
HAYYU YA QAYUM YA ILAHANA WA ILAHA KULLI SYAI IN, ILAAHAU WAAHIDA, LAA ILAAHA
ILLA ANTA, YA ZALJALALI WAL IKRAM” (Tiada Tuhan melainkanMu, Maha SuciMu (Ya
Allah!), sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan org2 yg zalim.
Sesungguhnya Allah berkuasa penuh ke atas setiap urusanNya. Wahai Tuhan Yang
Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha berdiri sendiri, wahai Tuhan kami, Tuhan segala
setiap sesuatu, Tuhan Yang Esa, tiada Tuhan melainkanMu (Ya Allah). Wahai Tuhan
yg memilikki segala keagungan dan kemuliaan).
(2). DOA LIPAT BUMI: “BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM,
BISMILLAHI ‘ALAA QALBII HATA YURWAA, BISMILLAHI ‘ALAA RUKABII HATTA TAQWAA,
BISMILLAHI ‘ALAAL ARDHI HATTA TUTHWAA” (Dgn nama Allah ini di atas hatiku ini
hinggalah terpenuhkan ia (hati), Dgn nama Allah ini di atas lututku ini
hinggalah dikuatkan ia (lutut), Dgn nama Allah ini di atas bumi ini hinggalah
dilipatkan ia (bumi).
(3) AYAT 82, SURAH YASSIN: “BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM,
INNAMAA AMRUHUU IZAA ARADA SYAI AN AI YAQUULALAHU KUN FAYAKUN” (Sesungguhnya
apabil aDia menghendakki sesuatu, Dia hanya berkata kpdnya “Jadilah” maka
jadilah sesuatu itu).
TAHAP 1: RANGKAP ZAHIR: Pengisian pada tahap pertama ini
melalui amalan2 khusus spt ini. (1). Zikir Ayat 4 di lidah atau di hati
sebanyak2nya pada waktu terluang. (2). Setiap bada solat fardhu, bacakan Ayat 4
(100x) dan doa Lipat Bumi 100x. (3). Setiap bada solat tahajjud (setiap malam)
bacakan ayat 4 (500x) dan doa lipat bumi 500x. Lakukan selama 40 hari 40 malam
berturut2. Lanjutkan ke tahap ke 2 setelah selesai.
TAHAP 2: RANGKAP NAFAS: Pengisian pada tahap kedua ini
melalui amalan2 khusus spt ini. (1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt
ikan, daging dll (termasuk telur, susu serta hasil dpdnya). (2). Berpuasa
selang (puasa Nabi Daud as). Niatkan sbg berpuasa sunat. Pastikan tidak kena
pada hari2 haram berpuasa. (3). Zikir Ayat 4 di lidah atau di hati sebanyak2nya
pada waktu terluang. (4). Setiap bada solat fardhu, bacakan Ayat 4 (100x) dan
doa Lipat Bumi 100x. (5). Setiap bada solat tahajjud (setiap malam) bacakan
ayat 4 (500x) dan doa lipat bumi 500x. Lakukan selama 40 hari 40 malam
berturut2. Lanjutkan ke tahap ke 3 setelah selesai.
TAHAP 3: RANGKAP RUHANIYAH: Pengisian pada tahap ketiga ini
melalui amalan2 khusus spt ini. (1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt
ikan, daging dll (termasuk telur, susu serta hasil dpdnya). (2). Berpuasa spt
puasa Ramadhan selama 40 hari berturut2. Niatkan sbg berpuasa sunat. Pastikan
tidak kena pada hari2 haram berpuasa. (3). Zikir Ayat 4 di lidah atau di hati
sebanyak2nya pada waktu terluang. (4). Setiap bada solat fardhu, bacakan Ayat 4
(100x), doa Lipat Bumi 100x dan Ayat 82 Surah Yassin 100x (5). Setiap bada
solat tahajjud (setiap malam) bacakan ayat 4 (500x), doa lipat bumi 500x dan
Ayat 82 Surah Yassin 500x. Lakukan selama 40 hari 40 malam berturut2. Lanjutkan
ke tahap ke 3 setelah selesai.
TAHAP 4: RANGKAP KERAMAT: Pengisian pada tahap keempat ini
melalui amalan2 khusus spt ini. (1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt
ikan, daging dll (termasuk telur, susu serta hasil dpdnya). (2). Berpuasa spt
puasa Ramadhan selama 40 hari berturut2. Niatkan sbg berpuasa sunat. Pastikan
tidak kena pada hari2 haram berpuasa. (3). Zikir Ayat 4 di lidah atau di hati
sebanyak2nya pada waktu terluang. (4). Setiap bada solat fardhu, bacakan Ayat 4
(100x), doa Lipat Bumi 100x dan Ayat 82 Surah Yassin 100x (5). Setiap bada
solat tahajjud (setiap malam) bacakan ayat 4 (500x), doa lipat bumi 500x dan
Ayat 82 Surah Yassin 500x. Lakukan selama 40 hari 40 malam berturut2. Setelah
selesai Tahap 4 ini maka lengkaplah amalan ini.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar